Salam Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk merasa nikmat berpuasa pada hari ke-14 ini.. Moga diri ini sentiasa istiqamah dan kuat semangat dalam menjalani kehidupan yang mendatang.. InsyaAllah..
Di pagi yang indah dan ceria, dengan kicauan burung yang menghiburkan hati ini.. walaupu hati ini tak seberapa ceria seperti sang burung-burung yang berterbangan namun hidup harus diteruskan..
Tiba-tiba rasa cam x berapa nak ceria macam hari-hari sebelum nie.. ntahlah.. hati ini sedih sangat.. sebab ada sesuatu yang membuat diri ini rasa cam xberguna sebagai kawan.. hmmm.. ditipu dan dibohongi, sedangkan kita tak pernah pun mungkir dibelakangnya.. sentiasa berlaku jujur dan adil dalam persahabatan demi menjaga hati dan perasaan masing-masing, tapi terasa amat sedih bila diperlakukan seperti ini.. apa salah aku???... kalau betul itulah kenyataannya.. beritahulah, jangan tipu.. saya juga punya perasaan, rasa macam diri terhina je bila diperlakukan camtu..
Tolongla jangan kerana nak jaga hati saya sangat.. saya tak suka orang jaga hati saya sangat.. takut nanti terlalu manja.. Saya lebih suka kalau orang tue berterus terang dan berkata benar dan jujur.. itulah baru dinamakan PERSAHABATAN SEJATI... Jika ada jurang dalam persahabatan itu bukanlah dinamakan sahabat.. dirinya juga pasti mengerti jika dia terus-terusan membohongi sahabatnya.. samalah juga dia membohongi dirinya sendiri.. hidup dalam kekalutan dan ketakutan dek risaukan rahsianya itu akan terbongkar.. tapi bak kata pepatah.. "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"...
Susah sangat ke nak beritahu perkara sebenar???.. xlayak ke diri ini untuk tahu rahsia kamu.. kenapa nak kena tggu rahsia tue sampai dari orang lain.. kenapa??? kenapa??.. Tahu tak betapa hancurnya hati ini bila tahu rahsia tue dari sumber lain bukan dari kamu... Saya rasa maruah saya dah dicampak cam sampah.. Orang tak pernah nak hargai kesetiaan dan kejujuran yang saya dah berikan dalam persahabatan ini... Saya sayang sangat persahabatan ini.. Even antara kita tiada apa-apa ikatan.. tapi persahabatan akan teguh dan kekal selamanya.. Ukhwah Fillah Abadan Abada...
Kerana semua ini.. saya rasa kamu dah runtuhkan kepercayaan saya terhadap kamu.. Lepas nie rasa cam dah susah nak percaya dengan kata-kata kamu.. Saya hanya nak tahu je kenapa awak buat saya camni.. Saya mengenali kamu dengan pekerti yang sebegitu tapi kenapa sanggup menipu dengan saya... adakah sebab kamu berkawan dengan saya hanya kerana perasaan simpati je..
Tolonglah........ Saya dah tak larat dengan permainan yang kamu mulakan nie.. kenapala saya jumpa orang macam kamu nie... kalau dari dulu saya buat tak tahu.. mesti hati saya takkan terluka.. terasa diri nie JAHIL sangat dalam menilai sebuah persahabatan.. Ya Allah Tabahkanlah Hatiku.. Walau apapun yang terjadi saya dah maafkan segala kesalahan kamu.. Biarlah saya pergi dari kehidupan kamu.. saya tahu kehadiran saya selama hanya mengganggu hidup kamu je.. dan kebahagiaan yang kamu kecapi.. saya xnak jadi batu penghalang dan xnak jadi orang ketiga yang boleh merosakkan sebuah ukhwah yang terjalin.. Saya tahu dan sedar yang kehadiran saya tak pernah diundang dan dipinta.. Saya yang silap.. Maafkan saya.. Saya doakan kamu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.. Semoga ada bahagia yang bakal menanti diri ini suatu hari nanti.. Amin... Segala-galanya telah saya IKHLASkan.. Terima Kasih kerana pernah sudi menjadi SAHABAT saya walaupun ia mungkin hanya kerana SIMPATi...
Syukran Jazilan...
Jazakallahu Khairan Kathira...
No comments:
Post a Comment