Assalamualaikum...
Salam Ramadhan..
Terasa sangat-sangat nak balik kampung... Lambatnye la 3hb... nak balik...
terasa rindu yang amat sangat kat family.. dahla xdapat sambut puasa kat rumah... sedihnye...
nak buat camne terpaksa berkorban demi cita-cita.. diam tak diam Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang kedua diri ini berpuasa di perantauan tanpa keluarga disisi.. walau jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati ini dan doa anakandamu selalu..
Rindu sangat kat masakan ibu... rindu kat mee bandung, sup ayam, mee rebus dan macam-macam lagilah.. juadah berbuka puasa yang dibuat... walaupun ringkas je juadah berbuka puasa kami sekeluarga kami... disebabkan ayah yang biasa makan makanan berat selepas solat terawikh.. tapi memang best dan seronok... kadang-kadang sampai berebut makanan dengan abang walaupun semua dah besar panjang.. hehe.. haih terasa rindu yang amat menebal... tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. kalau boleh hari ini jugak nak lari nalik rumah... tapi disebabkan ada tugasan dan perjuangan dalam mencari ilmu yang masih belum selesai terpaksalah dipendamkan sahaja rindu ini.. huh beratnya rasa..
Setakat hari ini rasa dah cam orang xberapa sihat je.. dok asyik wat countdown je.. haih melampau.. huhu.. terfikir rumah je.. almaklum la dah lame tak balik.. kalau ikut perancangan minggu ini nak tapi tak dapat sebab ada urusan yang tak selesai.. sedihnya.. pastu mak cakap xpela.. balik nak dekat-dekat raya je.. boleh tolong mak wat kuih raya.. hehe.. cam biasa la.. tiap-tiap mesti ada kuih dari air tangan ibu.. tak pernah 'miss'.. dan akulah assistant tak bertauliahnya... emm rindunya kat rumah... bila nak balik nie...
CETAPHIL BABY MOISTURISING BATH & WASH REVIEW
4 years ago
No comments:
Post a Comment