Blogger Layouts

Sunday, August 1, 2010

Aku Mencintainya Kerana-Mu Ya Allah

Assalamualaikum w.b.t...

Masih terasa penatnya baru balik dari bermusafir di Melaka.. dah kawan beria-ia mengajak tak ikut nanti merajuk pulak karang.. xpela lagipun ini mungkin kali terakhir bagi dia untuk bertemu mesra dengan kekasih hatinya.. dek kerana kekasih hatinya ada perjuangan yang lebih penting harus diselesaikan terlebih dahulu iaitu menggapai cita-citanya di negera orang iaitu di Mesir..
terasa sedih plak tgk dia yg terpaksa berjauhan dengan kekasih hatinya.. cuba bayangkan kalau suami kita berjauhan dengan kita.. sudah tentu rasa sunyi yang amat sangat.. tapi apakan daya perjuangan harus diteruskan.. walaupun pahit untuk ditelan dan payah untuk diterima..

Dalam kegembiraan bercampur kesedihan.. melihat kemesraan mereka.. tetiba diri ini menjadi sayu hati dek kerana diri ini masih sendiri tanpa teman disisi... lalu terfikir kenapa diri ini masih tak berteman.. adakah kerana terlalu memilih atau selalu memikirkan kelemahan dan kekurangan dalam diri membuatkan diri ini merasa kurang berkeyakinan.. hmmm ntahla.. kadang2 terfikir akan kenangan pahit yang pernah aku lalui dulu.. adakah ia juga menjadi alasan untukku.. atau kerana luka dihati yang masih berbekas membuatkan aku jadi tawar hati.. kadang2 ada juga berfikiran camtu.. tapi yang pasti hidup mesti diteruskan walau apapun yang terjadi...

Tak tau nak cakap camne.. kalau aku ada mesin pengesan hati dan sapa jodohku.. tak perlu untukku berteka-teki begini dan keliru membuat pilihan.. kadang2 rasa macam dah putus asa.. bila ada orang yang hanya mempermainkan hati kita.. bila kita dah mula nak sayang, nak setia kat orang tue.. orang buat hal dan tak pernah nak hargai kasih sayang kita.. buat diri kita macam sampah je.. tak pernah nak faham hati seorang wanita... penuh dengan sifat EGO dan HIPOKRITnya... ntah ada lagi ke tak seorang lelaki yang boleh terima kita seadanya.. dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita.. hmmm kalau ada dimanakah dia Ya Allah.. aku memerlukannya.. Dimanakah Ya Allah, pemilik tulang rusukku.. tunjukkanlah aku jalan untuk aku bertemu dengannya.. ku terlalu ingin mengetahui siapakah dia.. Ya Allah..



Aku mencintanya kerana agama yang ada padanya..
Ya Allah.. Jika hilang agama yang ada padanya maka hilanglah cintaku padanya..
Aku mencintainya kerana-Mu Ya Allah..

Jika benar-benar dia yang Kau utuskan buatku Ya Allah..
Engkau dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Engkau bukakanlah hatinya untukku, untuk menerima diriku dengan seadanya...

Kerana aku tahu Ya Allah ada hikmah disebaliknya pertemuan ini..
Pertemuan ini adalah pertemuan yang Engkau aturkan untukku..
Aku tidak ingin terlalu mengharap sesuatu yang tak pasti Ya Allah...
Tapi andai Engkau merestuinya..
aku redha dan ikhlas meneriman
ya..
kerana apa yang terbaik yang datang dari-Mu, itulah yang terbaik buatku...

Moga Engkau merestui perhubungan kami ini.. biarlah masa yang menentukan segalanya.. walau terpaksa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan..
Moga diriku tabah mengharunginya..
InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers