Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk merasa nikmat berpuasa pada hari ke-14 ini.. Moga diri ini sentiasa istiqamah dan kuat semangat dalam menjalani kehidupan yang mendatang.. InsyaAllah..
Di pagi yang indah dan ceria, dengan kicauan burung yang menghiburkan hati ini.. walaupu hati ini tak seberapa ceria seperti sang burung-burung yang berterbangan namun hidup harus diteruskan.. Tiba-tiba rasa cam x berapa nak ceria macam hari-hari sebelum nie.. ntahlah.. hati ini sedih sangat.. sebab ada sesuatu yang membuat diri ini rasa cam xberguna sebagai kawan.. hmmm.. ditipu dan dibohongi, sedangkan kita tak pernah pun mungkir dibelakangnya.. sentiasa berlaku jujur dan adil dalam persahabatan demi menjaga hati dan perasaan masing-masing, tapi terasa amat sedih bila diperlakukan seperti ini.. apa salah aku???... kalau betul itulah kenyataannya.. beritahulah, jangan tipu.. saya juga punya perasaan, rasa macam diri terhina je bila diperlakukan camtu..
Tolongla jangan kerana nak jaga hati saya sangat.. saya tak suka orang jaga hati saya sangat.. takut nanti terlalu manja.. Saya lebih suka kalau orang tue berterus terang dan berkata benar dan jujur.. itulah baru dinamakan PERSAHABATAN SEJATI... Jika ada jurang dalam persahabatan itu bukanlah dinamakan sahabat.. dirinya juga pasti mengerti jika dia terus-terusan membohongi sahabatnya.. samalah juga dia membohongi dirinya sendiri.. hidup dalam kekalutan dan ketakutan dek risaukan rahsianya itu akan terbongkar.. tapi bak kata pepatah.. "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"...
Susah sangat ke nak beritahu perkara sebenar???.. xlayak ke diri ini untuk tahu rahsia kamu.. kenapa nak kena tggu rahsia tue sampai dari orang lain.. kenapa??? kenapa??.. Tahu tak betapa hancurnya hati ini bila tahu rahsia tue dari sumber lain bukan dari kamu... Saya rasa maruah saya dah dicampak cam sampah.. Orang tak pernah nak hargai kesetiaan dan kejujuran yang saya dah berikan dalam persahabatan ini... Saya sayang sangat persahabatan ini.. Even antara kita tiada apa-apa ikatan.. tapi persahabatan akan teguh dan kekal selamanya.. Ukhwah Fillah Abadan Abada...
Kerana semua ini.. saya rasa kamu dah runtuhkan kepercayaan saya terhadap kamu.. Lepas nie rasa cam dah susah nak percaya dengan kata-kata kamu.. Saya hanya nak tahu je kenapa awak buat saya camni.. Saya mengenali kamu dengan pekerti yang sebegitu tapi kenapa sanggup menipu dengan saya... adakah sebab kamu berkawan dengan saya hanya kerana perasaan simpati je..
Tolonglah........ Saya dah tak larat dengan permainan yang kamu mulakan nie.. kenapala saya jumpa orang macam kamu nie... kalau dari dulu saya buat tak tahu.. mesti hati saya takkan terluka.. terasa diri nie JAHIL sangat dalam menilai sebuah persahabatan.. Ya Allah Tabahkanlah Hatiku.. Walau apapun yang terjadi saya dah maafkan segala kesalahan kamu.. Biarlah saya pergi dari kehidupan kamu.. saya tahu kehadiran saya selama hanya mengganggu hidup kamu je.. dan kebahagiaan yang kamu kecapi.. saya xnak jadi batu penghalang dan xnak jadi orang ketiga yang boleh merosakkan sebuah ukhwah yang terjalin.. Saya tahu dan sedar yang kehadiran saya tak pernah diundang dan dipinta.. Saya yang silap.. Maafkan saya.. Saya doakan kamu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.. Semoga ada bahagia yang bakal menanti diri ini suatu hari nanti.. Amin... Segala-galanya telah saya IKHLASkan.. Terima Kasih kerana pernah sudi menjadi SAHABAT saya walaupun ia mungkin hanya kerana SIMPATi...
Terasa sangat-sangat nak balik kampung... Lambatnye la 3hb... nak balik... terasa rindu yang amat sangat kat family.. dahla xdapat sambut puasa kat rumah... sedihnye... nak buat camne terpaksa berkorban demi cita-cita.. diam tak diam Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang kedua diri ini berpuasa di perantauan tanpa keluarga disisi.. walau jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati ini dan doa anakandamu selalu..
Rindu sangat kat masakan ibu... rindu kat mee bandung, sup ayam, mee rebus dan macam-macam lagilah.. juadah berbuka puasa yang dibuat... walaupun ringkas je juadah berbuka puasa kami sekeluarga kami... disebabkan ayah yang biasa makan makanan berat selepas solat terawikh.. tapi memang best dan seronok... kadang-kadang sampai berebut makanan dengan abang walaupun semua dah besar panjang.. hehe.. haih terasa rindu yang amat menebal... tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. kalau boleh hari ini jugak nak lari nalik rumah... tapi disebabkan ada tugasan dan perjuangan dalam mencari ilmu yang masih belum selesai terpaksalah dipendamkan sahaja rindu ini.. huh beratnya rasa..
Setakat hari ini rasa dah cam orang xberapa sihat je.. dok asyik wat countdown je.. haih melampau.. huhu.. terfikir rumah je.. almaklum la dah lame tak balik.. kalau ikut perancangan minggu ini nak tapi tak dapat sebab ada urusan yang tak selesai.. sedihnya.. pastu mak cakap xpela.. balik nak dekat-dekat raya je.. boleh tolong mak wat kuih raya.. hehe.. cam biasa la.. tiap-tiap mesti ada kuih dari air tangan ibu.. tak pernah 'miss'.. dan akulah assistant tak bertauliahnya... emm rindunya kat rumah... bila nak balik nie...
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata seorang sahabat... terasa benar hati ini dengannya.. tapi walau apapun yg terjadi aku harus tabah dan kuat... Bukan ku pinta untuk menjadi begini kerana itu kehendak dan ketentuan Yang Maha Pencipta buatku... Anugerah dari-Nya, Syukur kerana ku dapat merasai kenikmatan kehidupan dunia... Alhamdulillah...
Ntah kenapa dan bagaimana tiba-tiba hati nie terasa sangat dengan kata-katanya bagai tertusuk dek duri yang tajam.. kenapa susah benar semua orang untuk memahami diriku.. aku hanya insan kerdil yang tidak dapat menolak segala ketentuan-Nya walau telah ku cuba melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar.. Hanya mungkin belum merestui dan memakbulkan doaku ini...
Kadang-kadang ada juga rasa rendah diri, kurang yakin dan sedih mengapa aku tidak seperti orang lain.. kadang-kadang aku menjadi seperti orang yang tidak tahu bersyukur.. Astaghfirullah Al-Azim.. mungkin dek kerana kawan-kawan yang selalu mengatakan diriku kurus, kecil dan sebagainya.. yang dilemparkan buat menyatakan diriku mahupun jua memanggilku dengan panggilan tersebut... kadang-kadang jua diriku tertekan dengan keadaan sekeliling..
Namun apakan daya, telah ku cuba lakukan pelbagai cara, usaha, ikhtiar untuk menambah dan menaikkan berat badanku.. tetapi hasilnya masih ditahap memuaskan... walau bagaimanapun aku tak pernah berputus asa untuk mencapai apa yang aku inginkan.. Ya Allah berilah aku kekuatan serta petunjuk-Mu untuk tabah dan kuat semangat bak serikandi Islam yang unggul.. SUMAYYAH...
Mungkin kerana genetik keluargaku yang hanya kecil dan comel.. itulah sebabnya juga aku sama sepeti mereka.. tapi ku tak pernah peduli apa yang orang katakan.. yang penting aku bahagia.. biarlah jika tiada orang sudi menerimaku sebagai kawan. teman, kekasih atau sebagainya.. itu terpulanglah pada diri mereka sendiri.. kerana aku tahu setiap punya kelebihan dan kekurangan sendiri.. Itulah keindahan yang Allah ciptakan buat makhluknya... aku percaya pada janji-janji Allah bahawa suatu hari nanti pasti ada orang yang boleh menerima diri kita seadanya... Walaupun Aku hanya bersaiz "S"... InsyaAllah...
SENYUM adalah bahasa dunia.Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkanperhiasan lahir yang tidak sempurna.
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.
"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalahsatu sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengankening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 ototmanakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka.Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.Bayangkanlah !!! "SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akanmemberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........
William Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya Siapa-siapa yang datang kepada-Ku, akan Ku jemput ia dari kejauhan Siapa-siapa yang berpaling dari-Ku, maka Aku akan memanggilnya dari kejauhan Siapa-siapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku, Aku berikan padanya, lebih dari cukup Siapa-siapa yang menginginkan keridhaan-Ku, Aku pun akan menginginkan apa-apa yang dingininya Siapa-siapa yang bertindak dengan menganda kan kekuatan-Ku, maka akan Kulunakkan besi baginya Orang yang mengerjakan maksiat, tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmat-Ku Jika mereka bertaubat kepada-Ku, maka Aku akan menjadi kekasih mereka, sebab Aku mencintai orang yang bertaubat dan mensucikan diri Jika mereka tidak bertaubat kepadaku, maka Aku akan menjadi tabib bagi mereka, Aku berikan cobaan untuk membersihkan mereka dari berbagai aib Dan siapa-siapa yang lebih mementingkanKu dari selain-Ku, maka Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain Satu kebaikan di sisi-Ku adalah senilai sepuluh kali lipat yang sepertinya, hingga tujuh ratus kali lipat, hingga kelipatan yang sangat banyak Sedangkan kejahatan di sisi-Ku, adalah bernilai satu Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun, Aku pun mengampuninya Aku mensyukuri amal kebaikan yang sedikit, dan mengampuni banyak kesalahan-kesalahan Kasih sayang-Ku mendahului murka-Ku Sifat penyantun-Ku mendahului keputusan-Ku menjatuhkan sanksi Pemberian maaf-Ku lebih mendahului siksa-KU Aku lebih pengasih kepada hamba-hamba-Ku, daripada kasih sayang ibu kepada anaknya... " (hadist qudsi dari buku "Menggapai Manisnya Iman-Butir ma'rifatuLlah Ibnul Qayyim Al-jauziyah" oleh Syaikh Shaleh Syadi - tidak disebutkan perawinya )
Oleh itu, SENYUMlah kawan-kawan.. kerana SENYUMan boleh menenangkan..
Ingin aku singkap kembali Kenangan lama agar bersemi Inginku ulangi kisah manis Agar terus bersemadi
Ingatlah aku sebagai rakanmu Kenaglah daku dalam doamu Begitulah indahnya kisah dahulu Engkau sebagai temanku
Apabila engkau terjaga Satukanlah harapanku denganmu Kerana ianya bakal berpadu Mimpi si penunggu yang setia Layarkanlah impian doamu Sesungguhnya aku masih mengingatimu Sebagai kawan rakan dan teman Semoga kita diberkati Allah
Kudoakan kepadamu agar bahagia Di dunia dan akhirat
1. Sikap orang mukmin dengan Allah ALLAH sangat dibesarkannya, melalui ibadah sembahyang,zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikap hidupnya. Misalnya merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang,pemurah, tawakal, pemaaf, bertolak ansur dan berdisiplin,sehingga melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah dan hari Akhirat. Melihat mukanya kita rasa senang dan tenang.
2. Sikap orang mukmin dengan syariat Syariat sangat dijaga. Pakaiannya menutup aurat, bersih dan kemas. Makan minumnya sangat dijaga yang haram dan syubhatnya. Pergaulan dijaga daripada bergaul bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhram. Matanya selalu ditundukkan.Percakapannya disukat dan dikawal daripada tersalah dan tersilap.Pendengarannya juga begitu, sangat dijaga daripada mendengar perkara-perkara yang haram. Masanya tidak dibiar kan terbuang dengan sia-sia. Setiap peralihan waktu dia pandai menggunakannya untuk diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah atau kerja-kerja yang sesuai dengan waktu itu.
3. Dengan gurunya Dia sangat menghormati gurunya. Malu ketika di hadapannya,merendah diri dengannya. Sekalipun guru yang mengajarnya tentang ilmu dunia. Jasa gurunya selalu dikenang seperti menyebut-nyebut nama dan jasa. Bila ada masa selalu menziarahinya,memberi bantuan dan hadiah. Bukan sahaja gurunya dihormati,bahkan isteri-isteri gurunya dan anak-anak gurunya dihormati.Kesalahan gurunya dilupakan, apatah pula dihina dan diberi malu serta diumpat, pasti tidak akan dilakukannya, sebaliknya selalu mendoakan gurunya pula.
4. Dengan ibu bapa Ibu bapa sangat dihormati, sangat merendah diri di hadapannya,jasa mereka selalu dikenang, bahkan dibalas selalu. Kesusahannya dibantu. Kalau senang diberi hadiah selalu. Selalu menziarahinya,sering mendoakannya, aibnya ditutup, bercakap dengan ibu bapa tutur bahasa sangat dijaga. Kalau ibu bapanya memarahinya, dia tidak akan melawan. Kalaupun perlu bercakap sekadar menjelaskan.
5. Dengan kawan Pandai bergaul dengan kawan, setia dengan kawan. Kesusahan kawan ditolong dan dibantu apatah lagi kalau diminta. Suka menziarahi kawan kalau ada masa. Janjinya ditepati, aibnya ditutupkan, anak dan isterinya dimuliakan. Kesalahannya dimaafkan walaupun tanpa diminta. Kalau dia yang membuat salah cepat-cepat meminta maaf. Menziarahi kawan memilih waktu, waktu ziarah tidak meliarkan mata, kehormatan keluarga kawan dijaga.
6. Dengan manusia umumnya Dalam pergaulan dengan manusia umumnya, pandai pula menyesuaikan diri. Dalam pergaulan dia sedar diri hingga pandai meletakkan diri pada tempatnya sesuai dengan kedudukannya.Pandai melayan orang sesuai dengan kedudukannya dan mengikut tarafnya. Kalau dia seorang yang pandai, atau kaya, atau berpangkat, dia tidak akan sombong atau menunjuk nunjuk diri di depan orang ramai. Dia tetap tawadhuk dan merendah diri. Dan kalau dia orang yang serba kurang tidak pula rasa rendah diri atau hina diri lebih-lebih lagi tidak mudah dihambakan orang. Kalau dia susah, tidak akan meminta-minta apalagi menipu. Dia tetap menjaga maruah dirinya. Mudah memberi salam dan mudah pula menjawab salam orang.
7. Dengan tetamu Dia sangat menghormati tetamu, mengutamakan keperluan tetamunya, sangat dijaga seperti makan minum dan tempat tinggalnya. Datangnya disambut, kepulangannya dihantar hingga di hadapan pintu atau di hadapan rumahnya hingga hilang dari pandangannya. Memberi hadiah kepada tetamu atau memberi buah tangan kalau ada di waktu mampu. 8. Dengan anak isteri Dia mengelokkan pergaulan dengan mereka. Memberi nasihat dan memimpin mereka selalu. Kesilapan mereka dibetulkan dengan bijaksana. Sabar dengan kerenah mereka. Beribadah fardhu bersama, makan bersama. Kewajipan terhadap anak isteri ditunaikan. Mendidik dan mendisiplinkan mereka di dalam sebarang perkara. Anak-anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang.Anak yang masih belajar didisiplinkan mereka. Jangan sangat tunjukkan kasih sayang dan jangan tunjukkan benci. Anak yang sudah dewasa atau sudah berkeluarga, dilayan macam kawan,ajak mereka berbincang. Berbual-bual dengan mereka. Dengan isteri perlu ada gurau senda yang tidak berlebih-lebihan, berbual-bual dengannya sesuai dengan kedudukan isteri untuk mengambil dan menjinakkan hati isteri itu bagi yang ramai isteri.Bagi orang yang berpoligami, bertolak ansur dalam hal-hal yang dibolehkan. Boleh juga tidak bertolak ansur dalam hal-hal yang dibolehkan, di masa-masa tertentu untuk didikan mereka.
9. Dengan situasi Orang mukmin sentiasa menjaga maruah diri. Kalau dia lalu ditempat-tempat yang penuh dengan keadaan-keadaan yang boleh melalaikan dan boleh jatuh kepada haram, atau yang boleh menggugat iman, dia tidak akan terpengaruh. Dia tetap terhormat dengan tidak meliarkan pandangan, tidak membuka telinga untuk laluan perkara-perkara yang melalaikan itu. Seolah-olah dia tidak melihat apa-apa di sekelilingnya, seolah-olah tidak ada apa-apa terjadi. Hatinya tidak rosak oleh suasana sekelilingnya.Keadaannya macamlah ikan di laut, dia tidak masin oleh masinnya air laut.
10. Dengan ilmu
Orang mukmin sentiasa menambah ilmu dan pengalaman.Makin berumur semakin banyak ilmu. Semakin tua, ilmunyajuga ikut tua dan matang, semakin luas pengalaman. Ia sangat peka dengan ilmu. Setiap kejadian diambil iktibar dan pengajaran.Setiap isu semasa, pandai pula dia mengambil hikmahnya serta pandai menilai buruk baiknya hingga mendapat ilmu pengajaran darinya serta dia boleh menetapkan pendirian dan sikapnya terhadap isu tersebut. Tambahan pula orang mukmin itu sepatutnya mengambil tahu setiap kejadian di dunia ini.Sebab itu orang mukmin tidak mudah tertipu dan ditipu, tidak mudah terpengaruh dengan yang negatif tapi mudah terpengaruh dengan yang positif. Orang mukmin tidak mudah dicorak tapi mudah mencorak.
11. Dengan masa
Orang mukmin sangat menjaga masa. Masa tidak dibuang dan disia-siakan begitu saja. Setiap masa diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Bahkan pandai membahagi-bahagikan masa diisi dengan jadual hidupnya. Ada masa untuk beribadah, ada masa untuk membaca, ada masa untuk berjuang, masa untuk menziarah,masa dengan anak dan isteri-isteri, masa untuk tidur baring dan rehatnya. Kalau dia orang penting, ada masa untuk tetamu dan orang-orang yang hendak berjumpa dengannya.Begitulah seterusnya masa itu sangat berharga. Masa adalah umurnya. Mensia-siakan masa ertinya mensia-siakan umurnya,dia sudah tentu tidak akan mensia-siakan umurnya.
12. Dengan harta
Orang mukmin bila berhadapan dengan harta dan harta benda kekayaan, sangat cemas dan bimbang, takut disalah gunakan,kerana itu dia bersyukur dengan Tuhan. Menggunakan harta benda kekayaan itu untuk Allah dan untuk khidmat kepada manusia lebih-lebih lagi dia sangat cemas kalau-kalau dia membuat kerja-kerja yang boleh membazirkan harta benda dan membuangnya kepada yang haram dan sia-sia. Orang mukmin merasa harta benda dan kekayaan adalah amanah Tuhan yang perlu dipertanggungjawabkan sebaik-baiknya. Untuk diagih-agihkan kepada yang sebenarnya dan yang empunyanya. Terutamanya digunakan kepada fakir miskin dan kepada jihad fisabilillah.
"YA allah lemah nya diri ini...marilah teman2 kita sama2 mencari NYA..
sama2 kita berusaha mencapai apa yang tertulis ..Memang sukar ..
Syurga ALLAH itu sukar ..tetapi dengan usaha..dengan kerja keras..dengan tawakal ..
dengan sentiasa memohon pada NYA...dengan mendekatkan diri padanya ...
Masih terasa penatnya baru balik dari bermusafir di Melaka.. dah kawan beria-ia mengajak tak ikut nanti merajuk pulak karang.. xpela lagipun ini mungkin kali terakhir bagi dia untuk bertemu mesra dengan kekasih hatinya.. dek kerana kekasih hatinya ada perjuangan yang lebih penting harus diselesaikan terlebih dahulu iaitu menggapai cita-citanya di negera orang iaitu di Mesir.. terasa sedih plak tgk dia yg terpaksa berjauhan dengan kekasih hatinya.. cuba bayangkan kalau suami kita berjauhan dengan kita.. sudah tentu rasa sunyi yang amat sangat.. tapi apakan daya perjuangan harus diteruskan.. walaupun pahit untuk ditelan dan payah untuk diterima..
Dalam kegembiraan bercampur kesedihan.. melihat kemesraan mereka.. tetiba diri ini menjadi sayu hati dek kerana diri ini masih sendiri tanpa teman disisi... lalu terfikir kenapa diri ini masih tak berteman.. adakah kerana terlalu memilih atau selalu memikirkan kelemahan dan kekurangan dalam diri membuatkan diri ini merasa kurang berkeyakinan.. hmmm ntahla.. kadang2 terfikir akan kenangan pahit yang pernah aku lalui dulu.. adakah ia juga menjadi alasan untukku.. atau kerana luka dihati yang masih berbekas membuatkan aku jadi tawar hati.. kadang2 ada juga berfikiran camtu.. tapi yang pasti hidup mesti diteruskan walau apapun yang terjadi...
Tak tau nak cakap camne.. kalau aku ada mesin pengesan hati dan sapa jodohku.. tak perlu untukku berteka-teki begini dan keliru membuat pilihan.. kadang2 rasa macam dah putus asa.. bila ada orang yang hanya mempermainkan hati kita.. bila kita dah mula nak sayang, nak setia kat orang tue.. orang buat hal dan tak pernah nak hargai kasih sayang kita.. buat diri kita macam sampah je.. tak pernah nak faham hati seorang wanita... penuh dengan sifat EGO dan HIPOKRITnya... ntah ada lagi ke tak seorang lelaki yang boleh terima kita seadanya.. dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita.. hmmm kalau ada dimanakah dia Ya Allah.. aku memerlukannya.. Dimanakah Ya Allah, pemilik tulang rusukku.. tunjukkanlah aku jalan untuk aku bertemu dengannya.. ku terlalu ingin mengetahui siapakah dia.. Ya Allah..
Aku mencintanya kerana agama yang ada padanya.. Ya Allah.. Jika hilang agama yang ada padanya maka hilanglah cintaku padanya.. Aku mencintainya kerana-Mu Ya Allah.. Jika benar-benar dia yang Kau utuskan buatku Ya Allah.. Engkau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.. Engkau bukakanlah hatinya untukku, untuk menerima diriku dengan seadanya... Kerana aku tahu Ya Allah ada hikmah disebaliknya pertemuan ini.. Pertemuan ini adalah pertemuan yang Engkau aturkan untukku.. Aku tidak ingin terlalu mengharap sesuatu yang tak pasti Ya Allah... Tapi andai Engkau merestuinya.. aku redha dan ikhlas menerimanya.. kerana apa yang terbaik yang datang dari-Mu, itulah yang terbaik buatku... Moga Engkau merestui perhubungan kami ini.. biarlah masa yang menentukan segalanya.. walau terpaksa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan.. Moga diriku tabah mengharunginya..InsyaAllah...