Blogger Layouts

Friday, October 17, 2014

Solat

Assalamualaikum w.b.t

Solat adalah tiang agama yg amat penting dalam menegakkan tiang agama. Andai solat x dijaga maka tidak sempurnalah iman seseorang. Suruhan pertama yg Rasulullah ajarkan adalah Solat. Lihat betapa pentingnya solat dlm Islam. Tidak dikatakan puasa atau bersedekah yg paling utama tapi solat.

Tapi apa yg terjadi masa skrg adalah sebaliknya. Sebabnya bila bersedekah orang lain nampak dan katanya boleh lah tunjuk sikit yg kita ni rajin bersedekah. Hmmmm bila difikirkan semula, amalan itu sgt mulia dgn tujuan untuk membantu orang lain tp niat dah menyimpang jauh. Jadi pahala xdpt dosa pula menanti.

Di sini bukan untuk mengatakan amalan saya sgt perfect tapi ingat-mengingati tu amalan mulia. Hanya secebis pandangan. Saya juga manusia yg sdg bertatih, sering terjatuh dan leka dgn duniawi.

Saya hanya terfikir knp susah sgt nak konsisten dgn solat sedangkan solat tu hanya ambil masa 5 minit paling minimum. Tapi susah nak buat. Tapi kalau ajak ke warung atau melepak berjam2 pun sanggup.

Wednesday, October 8, 2014

Benci

Assalamualaikum w.b.t

Tiada siapa yg minta utk dibenci. Namun itu adalah lumrah sebuah kehidupan kadang2 ada org syg kdg2 ada org benci. That life. Hanya manusia yg tabah dan sabar yg betapa manisnya nikmat kasih syh yg Allah berikan.

Allahu rabbi sesungguhnya aku bukanlah seorang insan yg kuat dan tabah dlm menghadapi setiap liku2 kehidupan yg mendatang. Kadang2 aku juga tersungkur jatuh saat aku ingin teguh berdiri menghadapi setiap inci kehidupan yg Kau kurniaan. Namun di saat aku cuba utk kuat di saat itulah dugaan dtg menguji. Hanya Engkau yg tahu perasaan hati ini.

Aku tidak mengharap menjadi yg terbaik. Tapi aku mengharap utk menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan taat akan perintah-Mu saat aku susah mahupun senang. Aku tidak mengharapkan apa2 yg istimewa pd nikmat kurniaan-Mu Ya Allah. Cukuplah sekadar Engkau ada untukku setiap kali aku merintih sayu merayu pada-Mu. Hanya Engkau tempat untukku meluahkan segala yg ada di dlm hati, meleraikan segala kekusutanku dan menjadi penenang jiwaku.

Tuesday, October 7, 2014

Kawan

Assalamualaikum w.b.t

Bila berbicara soal kawan. Ada macam2 ragam dan perangai yang akan kita tahu. Kawan tu datang macam semut tapi bila pergi macam ribut. Diibaratkan begitu. Sebab nya kenapa? Cuba kita tengok peribadi semut bila nampak sesuatu yang berharga dan boleh "take advantage" berduyun-duyun datang kat kita. Betul tak? Tapi bila kita dah xde kepentingan dan rasa mcm menyusahkan je nak berkawan dengannya terus cabut lari sepantas kilat dan takkan muncul lagi.

Boleh faham kan perumpamaan itu. Dalam memilih kawan jgn pilih luarannya sahaja. Sepatutnya kita dekati dan cuba untuk jalinkan serta eratkan silaturrahim. Mana tahu nampak saja luaran macam xboleh pakai, tapi xde sape tahu mungkin ilmu nya lebih tinggi dari kita. 

Monday, October 6, 2014

Jodoh

Assalamualaikum w.b.t

Membincangkan dan mempersoalkan tentang jodoh itu adalah perkara biasa yang kita lalui apabila kita meningkat dewasa. Its just like a typical questions when you getting bigger. Bila kita dah habis belajar  atau sekolah orang mesti akan tanya bila nak kerja..pastu bila dah kerja orang akan tanya lagi bila nak kawin, seterusnya kalau dah kawin bila pulak nak dapat anak..dan seterusnya.

Bila umur dah mencapai kedewasaan takkan terlepas untuk orang tanya bila nak kahwin. Itu biasa lah..selagi tak kawin hadap je la pertanyaan orang tu. walaupun rasa annoying dan xlarat nak layan.

Itulah yang saya alami saat sekarang..sikit2 orang tanya bila nak kawin and so whatever. Kalau saya cakap bulan depan..its sound like desperate and you're very flirty..haha. Apa la agaknya jawapan paling cerdik dan bernas dalam dunia utk elak soalan cepu cemas itu. Macam xde pun.

So bagi je la jawapan mudah..Ada jodoh x kemana. Tunggu dan bersabar la. Bila sampai waktu nya akan dijemput..Doakan saja.

Kalau sebenar-benarnya, saya sendiri pun xtahu bila, di mana, siapa. Itu semua masih rahsia Allah. Kalau saya tahu siapa dia dari awal saya dah ikat dia dan simpan dalam peti besi jgn bagi lari. Tapi masalahnya saya pun xtahu siapa. Itulah sebabnya penting Doa, Usaha dan Tawakal. Allah nak kita merintih sentiasa berdoa memohon kepada-Nya setiap masa dan ketika. Cepat atau lambat itu bergantung kepada-Nya krn Dia yang berhak memberikan utk kita. Kalau cepat Alhamdulillah kalau lambat mungkin ada yg lebih istimewa utk kt..Insha Allah.

Allahu Akbar kdg2 terfikir di mana si dia. Mengapa hingga saat masih belum muncul. Masih jauhkah perjalanannya itu. Tipu lah kalau kita tidak memikirkan dan terfikir. Namun dicekalkan hati untuk menghadapi semuanya. Mungkin kisah jodoh kita tak sama macam org lain, mungkin jumpa sekejap dan terus bersatu. Mungkin juga seorang yg tlh berada dlm hati kita itu bkn milik kita, kawan bercinta bertahun2 tapi akhirnya kawin dgn org lain, macam2 lagi lah.

Dan mungkin juga telah tertulis dan telah Allah tentukan hakikat kehidupan kita bahawa jodoh kita adalah dengan ajal. Allahu Rabbi. Andainya itu perjalanan yang terbaik utk kita, mudah2an kita redha. Amin.

Ya Allah walau apa pun jua jalan yang telah Kau berikan untukku semoga aku sentiasa redha,tawakal dan bersyukur di atas segala nikmat kurniaan-Mu. Mudah2an ada jawapan yang pasti utkku satu hari nanti. Semoga terjawab segala persoalan.Amin.
Daisypath Happy Birthday tickers