Blogger Layouts

Monday, May 23, 2011

Saat Tiba Waktunya Aku Di Khitbah

Hari sabtu nie abang sepupu saya akan melangsungkan perkahwinan dengan insan yang bertakhta dihatinya.. ^_^ Seronok tengok dia sekarang..happy semacam je..yela orang nak kahwin dah kan..sapa yang tak happy.. Kalau orang nak kahwin tapi tak happy tue macam bukan spesies orang je.. (just joking..haha)
Apa2pun Barakallahufikum ya Ust Noorhadi dan pasangannya..

Saya terfikir.. Best ke bila dah kahwin??? entahla..saya pun tak tahu nak jawab sebab saya belum berkahwin.. hehe.. Perkahwinan nie bukan perkara main2 macam main pondok-pondok masa kecik2 dulu tue.. tapi ini adalah soal sehidup semati bersama.. Umpama mendirikan sebuah masjid yang perlu dijaga, dipelihara dengan sempurna dan dibajai dengan kasih dan sayang yang bakal dibawa hingga ke syurga..InsyaAllah..

Saturday, May 21, 2011

SAYA GEMBIRA KERANA SAYA TIDAK CANTIK

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Friday, May 20, 2011

Setelah Aku Menangis


Bukan ku pinta sebuah kesedihan..
 Apalagi tangisan..
Tapi itu semua bukan kehendak diriku..
Air mata terus mengalir tanpa ku pinta..
Tanpa sempat ku tahan dari terus mengalir..

Bukan ku pinta semua ini terjadi..
Tidak ku tahu mengapa, kenapa dan dimanakah silapnya..
Mungkin kerana sesuatu perkara yang menyayat hati..
Mungkin juga kerana sedikit kegembiraan kurniaan-Nya..
Allahu Akbar.. Lemahnya diriku..
Mudah tersungkur kerana Duniawi yang sering melalaikanku..

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day for All My Teacher

Masih sempat lagi rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU.. buat semua guru2 di Malaysia walau dimanapun jua mereka berada.. tidak kiralah tenaga pengajar muda ataupun yang Senior..yang baru menjadi guru juga yang telah lama berkhidmat sebagai pendidik..di desa dan dikota.. buat bakal2 pendidik juga tidak dilupakan.. Semoga menjadi Guru yang Berdedikasi untuk Mendidik Anak Bangsa..!!!

Sunday, May 8, 2011

Hebatnya Seorang Ibu.. HAPPY MOTHER'S DAY

'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Tuesday, May 3, 2011

Couple??? Ku Ingin Disatukan Dalam Satu LAFAZ SAKINAH..InsyaAllah

Assalamualaikum w.b.t..

Couple???

Biasa kita diterjah dengan persoalan dari kawan2 yang seusia kita..bertanya..
"Bila la kawan saya yang comel nie nak ada couple???..."

Terpana seketika dengan persoalan yang diajukan seorang sahabat.. Maklumlah mereka sudah dimiliki..hanya diriku yang masih available..hihihi..ok this is joking..!! Kawan yang rapat tahu la siapa diriku..tapi bagi kawan2 yang kurang rapat, mereka mesti nak kenakan dan gandingkan dengan seseorang yang dia tahu.. (macam rahsia da bocor tapi xberapa nak bocor sangat) so just like joking also.. Nothing to Say..

Daisypath Happy Birthday tickers