Have a great day everyone..
Comel kan Baby ni tido?? Seronokkan tido?? Bestnya kalau dapat tidur 24jam. Wahh..Tapi tidur dengan dibaluti "SELIMUT SYAITAN" lagi syokkan?? sampai tak ingat apa2, rasa macam ada kat Taman yang indah..yang akhirnya membawa Padah.
Padah apabila yang wajib dilaksanakan..ditinggalkan dek kerana alam fantasimu yang indah..At last, Subuh pun terbang melayang-layang camtu je..free je dapat satu dosa di permulaan hari..
agaknya kenapa kita boleh jadi camtu ye?? walaupun Alarm dah berbunyi berkali-kali dan kawan dah sepak terajang suruh bangun,,tapi masih pengsan tak sedar diri..
Bila Azan Subuh Berkumandang, pasti kita mendengar ini..
yang bermaksud : Solat Itu lebih Baik Daripada Tidur
Tapi disebabkan Syaitan Durjana telah menghalang dan memperngaruhi fizikal dan mental kita untuk terus tidur daripada beribadah, jadi hanyutlah kita dalam cintanya..Sedar2 je dah terang..
Jom kita Checklist apa yang kurang..yang menyebabkan kita sukar untuk bangun Subuh..
TIPS BANGUN SUBUH
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun
Sumber : IluvIslam.com
Bagi yang susah sangat nak bangun subuh bolehlah amalkan selama seminggu..tapi orang tua selalu cakap 40 hari berturut-turut..Tapi kalau kita dah niatkan dalam hati untuk bangun Subuh.,InsyaAllah dalam masa singkat kita dah jadi rajin untuk bangun..walaupun tak dikejutkan..mesti akan sedar sendiri..
Apa Yang penting Adalah ISTIQAMAH DAN MUHSABAH DIRI..!! Semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment