Blogger Layouts

Saturday, September 8, 2012

Duduk Rumah Jadi TLDM..

Alhamdulillah dapat lagi kita menghirup udara yang segar di pagi hari..Diberi peluang satu hari lagi untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di Bumi Tuhan yang luas ini..

Hari ni sabtu..Okay..tinggal satu hari je nak duduk kat rumah ni..walaupun dapat cuti sekejap je..tapi nak menikmati sepenuhnya cuti ni..hehe..esok dah kena balik Melaka..meneruskan semester 4 tahun pertama Degree..hah tinggal 2 semester nak survive kat Melaka..InsyaAllah last sem dah praktikal..harap2 pastu dapat jadi permanent worker..Nak cari pengalaman yang berguna..InsyaAllah..Sebelum merealisasikan impian yang dicita2kan..

Okay..sebenarnya saya bercuti start hari selasa lepas..Lepas exam Intersesi terus lari kejar bas nak balik Johor..Tak kira nak balik juga rumah walaupun sampai rumah malam..Akhirnya sampai juga rumah tercinta di Batu Pahat, Johor. dan Akhinya ada cuti juga untuk saya walaupun sekejap..

Kalau dah duduk kat rumah macam biasalah..kalau takde nak buat apa..selain menjadi suri rumah sepenuhmasa amek title mak kejap..hehe.. kerja TLDM la apa lagi..TIDUR, LEPAK DAN MAKAN.. (ko nie keje makan je tapi cekeding camtu gak,,entah bila nak besar entah..pfffftt) nak wat camne lagi dah tak boleh besar..terima je la seadanya..Bersyukur sebab Allah sentiasa beri kesihatan yang baik walaupun orang tengok macam anak orang Somalia versi cerah..(cehh nak gak) 

Tapi rasa tak melekat sangat kat rumah..sebab berjalan je kerjanya..macam beraya lagi padahal tak dah..Keluar 'dating' dengan ayah la..(Mak jangan jeles), Keluar dengan kawan..haa yang ni bukan keluar tapi ala2 kena culik..Mula dia suruh teman isi borang mohon kerja dia kat Parit Raja je..then dia ajak makan..tapi seronok sebab dia yang belanja biasanya saya je yang belanja dia..Lepas tue dia cakap awal lagi ..Jom jalan bandar..eeehhh Hamboi..padahal dia kerja esok..lainlah aku ni..boleh qodho' tidur bila2 masa.. so,ikut je la..On the ke bandar tue tiba2 jam..tak tahu kenapa..plan asal nak lepak dataran jap..tapi sebab dah tersangkut kat jam lama sangat..sebab ada kebakaran kat rumah kedai lama tepi depan Mk Curtains..kami batalkan niat nak lepak..Pusing2 je bandar tue..
Then dapat lah snap gambar nie masa traffic light merah..hehe..memalam buta merayau je..apa nak jadi entah anak dara ni..Sekali sekala takpe..lagipun saya bukan jenis yang suka melepak kat mana2..lebih suka duduk kat rumah daripada berjalan merayau-rayau..walaupun ayah dan ibu tak halang tapi pandai2 sendiri lah nak disiplinkan diri,.you're 22 already..dah boleh jadi mak orang dah..huhu.. Btw,thanks kat Cik Ain sebab culik saya malam2 buta..haha..Dia je lah kawan yang paling saya rapat sejak kenal dia dari sekolah tadika..waktu zaman sekolah makan..haha..so xdelah mak nak marah kalau balik lambat sebab dah biasa kena culik dengan ain..

Tapi esok dah kena meneruskan perjuangan..jadi ulat buku balik..
Nyah kau dari rumah cepat2..duduk la kat tengah2 Bandaraya Melaka..bak kata kawan2..sayang saaaaaangaaaatt dengan UiTM..kbai..
*barang pun tak kemas..malas..:p

Bye.. Assalamualaikum..
Doakan saya selamat sampai Melaka esok..

Wanna Say Happy Birthday to My Lil  Friend..Nor Sakinah
May Allah Bless YOU..!!

2 comments: