Blogger Layouts

Sunday, September 16, 2012

I Asked..HE Gave..

Perkongsian Ringkas Untuk Hari Ini..
I asked for STRENGTH, 
and Allah gave me dificulties to make me strong.. 

I asked for WISDOM, 
and Allah gave me problem to solve.. 

I asked for LOVE, 
and Allah gave me troubled people to help.. 

I asked for COURAGE, 
and Allah gave me obstacle to overcome.. 

I asked for FAVOURS, 
and Allah gave me opportunities.. 

maybe I received nothing I wanted.. 
but I received everything I needed..

Friday, September 14, 2012

Seronoknya "Selimut Syaitan"

Assalamualaikum..selamat pagi kawan-kawan..Salam Jumaat semua..
Have a great day everyone..
Comel kan Baby ni tido?? Seronokkan tido?? Bestnya kalau dapat tidur 24jam. Wahh..Tapi tidur dengan dibaluti "SELIMUT SYAITAN" lagi syokkan?? sampai tak ingat apa2, rasa macam ada kat Taman yang indah..yang akhirnya membawa Padah. 

Padah apabila yang wajib dilaksanakan..ditinggalkan dek kerana alam fantasimu yang indah..At last, Subuh pun terbang melayang-layang camtu je..free je dapat satu dosa di permulaan hari.. 

agaknya kenapa kita boleh jadi camtu ye?? walaupun Alarm dah berbunyi berkali-kali dan kawan dah sepak terajang suruh bangun,,tapi masih pengsan tak sedar diri.. 

Thursday, September 13, 2012

Solat + Kelas = Pengorbanan

Semester baru telah pun bermula..Alhamdulillah dah semester 4..tinggal 1 semester lagi lecture dan 1 semester lagi untuk praktikal..InsyaAllah..Mudah2an segalanya berjalan lancar..Amin

Tapi ada sesuatu yang menghibakan hati..iaitu jadual kelas yang tak sistematik..why I said like that..Sebab ada kelas pukul 6.30 petang..di ulangi 6.30 PETANG bukan PAGI ok..I Think Everyone can Expect to that time right?? Waktu puncak sebelum waktu maghrib kan?? Sepatutnya kita ada kat rumah dan bersiap untuk Maghrib kan?? Yeahh but not for me..I have to attend the class..hmmm that the worse thing that i've never feel and face before..even taking diploma for 3 years at difference place..
Tiba2 rasa kepala ni cam kena ketuk dengan hammer kat kepala..tiba2 rasa tak sedap hati, resah gelisah macam2 rasa lah ada..tak tahu nak gambarkan camne..Bak kata pepatah.."Diluah Mati mak, di telan Mati Bapak" hah tension, stress la gini..kalau satu hari dalam seminggu boleh terima lagi..tapi boleh katakan hari2 semester ni ada kelas 6.30..Kalau semester lepas lecturer selalu lepas awal..dan biasanya dia selalu bagi tutorial untuk kelas je..memang selalu balik awal sebelum pukul 8 almost..

Sunday, September 9, 2012

Restu

Perkongsian hari ini..
Put the Priority for Parents First..Before other Persons Behind You..
Jadi Anak yang Soleh dan Solehah yang boleh dijadikan Contoh..
Kepada Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah..
Carilah RESTU kedua ibubapa dahulu sebelum Melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan yang diinginkan..
Mudah2an dengan doa dan restunya..
Segala Urusan kita dipermudahkan..Amin..
Marilah kita sama2 tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya tidak kiralah walau dimana juga kita berada..

Saturday, September 8, 2012

Duduk Rumah Jadi TLDM..

Alhamdulillah dapat lagi kita menghirup udara yang segar di pagi hari..Diberi peluang satu hari lagi untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di Bumi Tuhan yang luas ini..

Hari ni sabtu..Okay..tinggal satu hari je nak duduk kat rumah ni..walaupun dapat cuti sekejap je..tapi nak menikmati sepenuhnya cuti ni..hehe..esok dah kena balik Melaka..meneruskan semester 4 tahun pertama Degree..hah tinggal 2 semester nak survive kat Melaka..InsyaAllah last sem dah praktikal..harap2 pastu dapat jadi permanent worker..Nak cari pengalaman yang berguna..InsyaAllah..Sebelum merealisasikan impian yang dicita2kan..

Okay..sebenarnya saya bercuti start hari selasa lepas..Lepas exam Intersesi terus lari kejar bas nak balik Johor..Tak kira nak balik juga rumah walaupun sampai rumah malam..Akhirnya sampai juga rumah tercinta di Batu Pahat, Johor. dan Akhinya ada cuti juga untuk saya walaupun sekejap..

Kalau dah duduk kat rumah macam biasalah..kalau takde nak buat apa..selain menjadi suri rumah sepenuhmasa amek title mak kejap..hehe.. kerja TLDM la apa lagi..TIDUR, LEPAK DAN MAKAN.. (ko nie keje makan je tapi cekeding camtu gak,,entah bila nak besar entah..pfffftt) nak wat camne lagi dah tak boleh besar..terima je la seadanya..Bersyukur sebab Allah sentiasa beri kesihatan yang baik walaupun orang tengok macam anak orang Somalia versi cerah..(cehh nak gak) 

Friday, September 7, 2012

Buatmu Bakal Zaujku

Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu;..
Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.

Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.
 
Daisypath Happy Birthday tickers