Setiapkali dihimpit persoalan macam ni..selalu motivasi dan terapkan dalam diri. InshaAllah ada ketenangan disetiap ujian.
Allahu akbar, kadang2 rasa tak kuat bila di landa macam2 ujian, persoalan dari orang sekeliling yang hanya tahu bercakap tanpa ada sekelumit rasa bersalah dan simpati pada perasaan orang.
Teringin sangat nak ada seseorang yang boleh menjadi tempat untuk meminjamkan bahu nya untuk kita bersandar saat terlalu banyak dugaan berat melanda hati, meminjamkan sepasang telinga yang boleh kita meluahkan apa yang tersimpan di hati, meminjamkan sepasang tangan untuk mengelap air mata yang tertumpah saat ada keluhan berat di dada.
Namun itu semua hanyalah khayalan yang tak pernah wujud. Dari kecil hingga dewasa tiada siapa tahu apa yang tersirat dalam hati. Kadang2 menangis sendirian lantas tertidur sendiri. Itulah yang sering di alami. Tapi itulah juga sumber kekuatan untuk aku pandai berdikari di alam dewasa.
Maaf pada kawan2 yang kadang2 sering menjadi tempatku menggila. Itu hanya sekadar gurauan untuk menghiburkan hati semua orang. Dari kecil dah terbiasa menjaga diri sendiri, jadi dah lali untuk menunjukkan rasa sedih dan gundah di hadapan orang. Lebih suka menghiburkan orang lain dari bercerita tentang masalah dan kesedihan. Kerana aku tahu aku kuat dan boleh mengawal kesedihan diri sendiri.
Perangai dan karenah ku yang kadang2 annoying itu hanyalah untuk menghiburkan hati sendiri. Tapi seandainya tidak betah dengan sikap ku. Maaf, aku takkan bercerita dan berkongsi apa2 lagi pada mereka. Aku tahu semua itu remeh dan tak penting. Biar lah Allah saja yang tahu isi hatiku. Sentiasa sandarkan diri pada rahmat Allah. Setiap apa yang berlaku datang dengan hikmah. Bukan saja2 Allah berikan dugaan pada kita, percayalah pada janji Allah. Yang penting doa dan sabar. Selama lama kamu masih mampu bertahan , bertahanlah. Andai tidak mampu mengadulah dan menangislah di hadapan-Nya. InshaAllah hati akan tenang. Cari lah DIA di dala setiap doa dan sujudmu kerana di situlah wujudnya ketenangan yang digambarkan.
Kadang2 kita silap dalam menilai. Terlalu melebihkan duniawi berbanding ukhrawi. Sedangkan Allah sentiasa ada dekat dengan kita. Ya Allah selagi mana aku mampu bersabar dengan dugaan dan ujian yang kau berikan, mudah2an kau berikan ku kekuatan untuk ku terus melangkah menuju redha-Mu.
Kadang2 aku rapuh dengan ujian-Mu, kau kuatkanlah aku seiring dengan rahmat-Mu kerana aku tak tahu apa yang sedang rencanakan untuk kehidupan ku ini. Mungkin perjalanku juga hampir tamat, aku juga tidak tahu. Mungkin esok lusa kau panggil daku menghadap mu, aku juga tidak tahu. Yang perlu hanyalah bersedia sehabis baik selagi masih diberi peluang untuk bernafas.
Sungguh kadang2 aku berkecil hati dengan sikap manusia yang tidak pernah faham perasaan orang lain. Kerana engkau menutup aibnya sebaik mungkin. Sekiranya mereka berada ditempat aku mungkin mereka akan faham. Maafkanlah mereka. Aku xlayak menghukum sedang aku hanyalah pendosa. Masih terlalu banyak dosa yang tak terampun.
Semoga aku kuat menghadapi hari2 mendatang, walau hanya sendiri tanpa ada siapa yang memahami. Kerana aku tahu kau sentiasa ada dekat dengan. Sentiasa dekat denganku saat susah dan senang. Cuma aku yang kadang2 melupakan-Mu Allahu akbar.
Aku tidak perlukan wang ringgit dan harta kekayaan mu untuk membuatku bahagia. Tapi aku perlukan yang sentiasa ada dengan ku saat susah dan senang, sentiasa ada untuk menjadi tempat mengadu. Hanya pinjamkan sebuah kasih sayang untukku rasai walaupun seketika.
Setabah dan sekuat mana pun aku dihadapan orang lain, namun aku tak mampu membendung kesedihan ini dihadapn-Mu Ya Allah.
CETAPHIL BABY MOISTURISING BATH & WASH REVIEW
4 years ago
No comments:
Post a Comment