Assalamualaikum w.b.t
Bila kita semakin meningkat dewasa kita akan faham gelagat dan tingkah manusia termasuklah diri sendiri. Kadang2 kita pun x perasan perangai kita sendiri dah buat orang rasa tak selesa dan menyampah. Ragam manusia kan..kadang2 kita boleh faham orang kadang2 tak boleh..macam tu juga sebaliknya..kadang2 orang boleh faham kita dan kadang2 orang tak boleh faham kita.
Sebab apa boleh jadi camtu..sebab x semua orang tu sempurna..ada kekurangan dan kelebihan..itulah sebabnya Allah jadikan kita tak sempurna dan tak semua benda kita boleh dapat macam yang kita inginkan. Allah jadikan kita dengan punya kelebihan dan kekurangan supaya kita tak leka dan lalai dengan nikmat nya. Andai satu hari kau jatuh, sakit bukan? Tapi kau takkan sakit sangat bila kau letakkan Allah sebagai keutamaan dan punya rakan yang boleh menasihati kita.
Kalau semua manusia sempurna takkan ada orang yang nasihatkan dan mengingatkan kita saat kita terlupa dan leka. Takkan ada orang yang akan tegur salah dan silap kita sebab semua orang berperang untuk mengejar kesempurnaan. Jadi kalau ada orang tegur kita atau cakap pasal benda yang dia tak suka dengan kita. Cuba luaskan minda untuk menerima setiap inci nasihat dan teguran yang di berikan. Sebab disitu kita akan menilai diri kita kembali. Baru kita sedar yang kita mungkin dah menyakiti hati orang lain tanpa kita sedar. Bersyukur lah sebab masih ada insan lain yang masih sudi menegur kesilapan kita. Andai kata tiada siapa yang peduli dengan kita, selamanya kita takkan sedar apa yang kita lakukan itu salah.
Jangan dilihat dari luaran bila orang yang punya segalanya, hidup mewah dan senang, ada ketinggian ilmu dan pekerjaan yang hebat, namun ada siapa tahu apa yang ada dalam hati nya..mungkin sedang remuk menderita atau sedang bertarung dengan macam2 masalah. Tak tahu kan? sebab apa. Sebab kita bukan dia, dan kita bukan ada dalam kehidupan dia, kita bukan menyelami kehidupan. yang kita tahu, dia ada kesenangan dan kemewahan, kita rasa beruntungnya jadi sepertinya. That a typical people mind set, always judge people on its cover. Tapi realiti sebenar kehidupan orang yang mewah hidupnya itu kita tak tahu kan. Itulah sebabnya kita kena faham setiap orang bukan dari luaran dan jangan cepat melatah dengan teguran.
Jangan dilihat orang yang luaran nya kurang selesa di pandang itu tak sempurna dan hidup penuh pancaroba. Fuhh dahsyat betul mind set camni. Cuba kita lihat dari sudut pandang positif. Walau hidupnye penuh kekurangan tiada kemewahan duniawi di tunjukkan. Tapi pernah tak kita selami kehidupan dia. keluarga dan kehidupan dia. Mungkin dia tiada harta kebendaan yang mewah tapi dia punya kebahagiaan dan hidupnya dan terbelenggu dengan masalah. Lihat dengan mata hati ye kawan2. jangan terlalu cepat menentang setiap pandangan orang lain tanpa menyelami apa yang ada disebalik kehidupan seseorang
Kadang2 kita selalu nampak orang lain yang sentiasa ceria gembira suka bantu orang dan bagi nasihat pada orang lain ala2 kaunselor gitu. Tapi pernah kau tahu hati dan perasaan dia. Tengah punya masalah yang parah ke. Ada benda yang merunsingkan fikiran dia. Ada kita pernah tanya atau tahu tak? Tak pernah kan? sebab apa. Sebab tak pernah tanya. Apa yang kita tahu masalah kita dan anggap orang lain ada kelebihan dan takde masalah. Kita tak tahu sebenarnya dia sedang berusaha untuk melawan setiap masalah yang datang dengan menenangkan hati orang lain, beri nasihat pada orang macam dia tiada sebarang masalah.
Kerana manusia tak sempurna dan tak semua "gifted". Ada yang harini minta, kejap je dapat. Tapi ada orang dah lama sangat usaha tapi masih tak berjaya. Kunci kejayaan hanya satu usaha dan terus berusaha. Banyakkan berdoa. Tanpa usaha dan doa tak mungkin segalanya akan datang depan mata. Jangan cemburu dengan kelebihan orang lain, sebab kita semua sama saja. Ada orang lebih pada yang sebegini. Tapi kita lebih pada yang lain kan. Jadi rezeki tu masing2..Allah yang genggam rezeki kita. Jika Allah izinkan rezeki itu untuk kita. Jangan risau tetap akan jadi milik kita. InshaAllah.
Bulan Ramadhan ni banyakkan bersabar, sentiasa berdoa, jangan putus asa, Usaha sampai berjaya. Koreksi diri dan istiqamah sentiasa. Mudah2an kita jadi manusia yang tinggi nilainya. Amin.
Semoga bermanfaat buat kawan2 dan diri sendiri. Saya hanya melontarkan pendapat bukan minta balasan cuma ingin mengingatkan diri sendiri yang kadang2 leka dengan duniawi. Segala kekurangan mohon dimaafkan. Apa yang baik datang dari Allah, yang kurang elok itu datang dari diri sendiri yang dhoif ini. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment