Blogger Layouts

Friday, December 21, 2012

Yang Tersembunyi Itu...

Apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya yang Allah rencanakan buat kita..Sama ada kita sedar atau tidak kehadirannya itu yang lebih mendekatkan diri kita pada-Nya. Kita tidak tahu ia baik untuk kita ataupun sebaliknya. Mungkin kita sangat tak suka dan tak mengerti apa yang berlaku tapi sebenarnya mungkin apa yang kita benci itulah yang baik untuk. Mula2 tak suka tapi lama2 timbul sesuatu rasa yang tak dijangka.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216
Hukum perang dalam Islam
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Aku tak tahu apa yang sedang Allah rencanakan untukku akan hadirnya dia..dan aku juga tidak tahu apa yang ada dalam hatinya. Semoga segala tingkahnya itu tidak menyakiti hatiku. Aku bukan yang sempurna buatnya namun seandainya aku telah ditakdirkan untuk bersamanya..aku berharap dan sedaya upayaku untuk menjadi yang terbaik InsyaAllah. Semoga segalanya akan terlerai juga dari kekusutan ini. Amin..

Ada HIKMAH di setiap kejadian yang telah berlaku tak kira BAIK atau BURUK . Hidup kita sebagai MANUSIA memang sentiasa TERUJI dan DIUJI

Kitα berkenαlαn → Allαh yang rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yang beri. Kitα bersαmα → Allαh yang αtur. Kitα rasa bαhαgiα → Allαh yang detikkαn


Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

"Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah..Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu"

Kepada DiA yang berkenaan itu,
Aku mohon agar berterus terang pada diriku..
Jangan permainkan sesuatu yang tidak sepatutnya,
katakan kebenaran itu lebih baik,
dari membuat ssorg semakin membencimu,
*Tolonglah jgn sebarkan cerita pada sahabat2mu, sedangkan aku sendiri tidak tahu semua ini.
Tolonglah jangan buat hidupku seperti seorang "penjenayah".
yang sentiasa menjadi perhatian  setiap masa.
Allahu Akbar..Jauhkanlah aku dari fitnah yang tidakku ketahui.. 

Sebuah Luahan Hati Insan yang Lemah..Semoga Insan ini Kuat Menghadapi Cabaran Mu Ya Allah..

No comments:

Post a Comment