Semua itu berbalik pada niat kita sendiri. Kita yang menetapkan (MINDSET) sesuatu perkara itu. Perkara utama dalam menilai sesuatu perkara adalah NIAT. Jika niat itu baik, maka baiklah jadinya. Namun jika niat itu salah, maka terpesonglah kita dari jalan yang benar.
Jadi, sebelum melakukan sesuatu yang mungkin akan memalukan dan memakan diri kita..sebaiknya berfikirlah sehabis baik sebelum melakukan perkara yang diluar kawalan dan jangkauan orang, kerana mungkin akan menjadi fitnah dan maruah diri pasti dpertikaikan..Kepercayaan orang lain kepada kita juga semakin berkurangan.
Berfikir secara rasional, waras tanpa emosi mampu menjadikan diri kita lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Allah memberikan kita Akal untuk berfikir, Allah juga memberikan kita sekeping Hati yang suci untuk kita menilai yang baik dan buruk sesuatu perkara.
Jadi, jangan terlalu emosi, berfikirlah secara terbuka..dan doakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang sekeliling kita serta maafkanlah segala salah dan silap orang di sekeliling kita..Semoga kita menjadi manusia yang berilmu..
Salam Ramadhan..Anda Tahu, Fikir2kanlah..