Demi menjaga sebuah persahabatan yang terjalin daripada terputus di pertengahan.. ada baiknya aku mengundurkan diri, membawa haluan sendiri.. dari terus menjadi punca kemusnahan sebuah persahabatan…
Mungkin terlalu sukar untuk aku lakukan.. namun demi cintaku pada-Nya...ku akur jua dengan keputusan ini kerana inilah janjiku pada diri. Keputusan ini memang terlalu berat buatku tetapi demi menjernihkan keadaan biarlah aku mendiamkan diri.. bukan kerana ku tak mampu menanggung semua ini tetapi disebabkan terlalu sayangkan persahabatan ini, ada baiknya aku undurkan diri. Diam adalah lebih baik dari berkata-kata akan sesuatu yang mungkin akan menyakitkan hati orang lain.
Aku tak sanggup untuk melukakan hatiku lagi, cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini, luka yang masih meninggalkan kesan yang amat dalam dan memerlukan masa yang untuk sembuh. Walaupun persahabatan ini baru bermula namun aku mengerti apa yang bersarang di lubuk hatinya… dia juga keliru antara kawan dan teman istimewa..mungkin kerana kisah kehidupannya yang lalu menjadikannya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak ada yang terluka atau dilukai dengan sikapnya.
Aku senang berbicara dengannya…segalanya nasihat yang diberikan membuat diri ini merasa tenang. Segala kata-katanya penuh bermanfaat dan butir bicaranya memberi nasihat juga mendapat pujian dari rakan-rakan. Itulah yang aku kagumi dengan sikapnya.
Tetapi.. maafkan aku sahabat, kerana mungkin kehadiranku dalam mimpimu telah mengganggu ketenanganmu lenamu… biarlah aku menjadi sahabat sepimu...Namun apa yang pasti persahabatan ini takkan putus sampai bila-bila.
Aku mengerti mungkin diri ini tidak sesempurna yang kau dambakan tetapi percayalah segala nasihatmu sentiasa ku harapkan. Bukan niat untukku menipu diriku dan dirimu atau mengiakan apa yang berlaku, tetapi disebabkan sayangku pada persahabatan ini..
Aku tak sanggup kehilangan lagi.. aku tak sanggup kehilangan seorang sahabat yang baik sepertimu. Aku pasrah dengan apa yang berlaku, biarlah masa yang menentukan segala-galanya..merungkai segala persoalan. Allah saja yang tahu segala-galanya.
Terima kasih ku ucapkan kerana sudi menjadi peneman sepiku..semoga kau menemui kebahagiaanmu di sana.. moga ada hikmah disebalik semua kejadian ini…
Waallahua’lam.