Alhamdulillah Final Exam dah berakhir.. Untuk pertama kalinya sejak tinggal di bumi Melaka.. sebab sebelum ini berada di bumi Selangor. Barang pun dah siap packing InsyaAllah esok balik rumah.. yea..syukeee..Teringat masa call mak hari isnin lepas, tiba2 ayah menyampuk kat belakang.. Ayah suruh cepat balik, dia dah rindu..hehe..saya lagi tak sabar nak balik dari hari tue lagi..InsyaAllah esok sampai lah rumah..Sabarlah wahai hati..Kawan dah pun siap ajak pergi jalan2 lagi, macam tau je nak cuti..Macam cik nujum pula la cik ain ni. Sabar ye..jumpa hari sabtu..kita date kat Tropical Village ye.
Sejak masuk belajar degree nie..selalu teringat kawan2 masa diploma dulu, teringat masa belajar dulu. Rasa sunyi je sekarang..tak tahu lah kenapa..Berbeza sangat dengan sekarang. Teringin nak duduk dengan dorang lagi..terutamanya Siti, Suzy dan Niesah.. Sekarang masing dah bersama dengan haluan yang berbeza. Membawa bersama cita2 masing2.
Wednesday, July 11, 2012
Sunday, July 1, 2012
Its Myself..So What Your Problem??
Terasa sensitif bila orang mengata tentang diri kita. Tolonglah jangan kritik orang lain boleh tak?? Lagi sensitiif bila orang selalu mempertikaikan pasal fizikal kita. Kurus ke gemuk ke rendah ke tinggi or whatever..its none of your business ok. Kalau saya kurus pun apa kena mengena dengan kamu..ada ke saya menyusahkan orang lain. Tak berapa gemar dengan orang yang asyik cakap kita kurus or gemuk then bandingkan dengan diri dia tak pun bandingkan kita dengan orang lain..What your problem actually you guys?? Setiap orang diciptakan berbeza-beza, ada kecil ada besar,tinggi rendah itu dah ciptaan Allah. Apa yang Allah ciptakan adalah yang terbaik buat kita. Bersyukurlah kita dapat mengecapi nikmat kehidupan di dunia. Tolonglah jangan kutuk orang lain, tahu tak kutuk orang lain itu sama dengan memperkecilkan ciptaan Allah.
Saturday, June 30, 2012
Kurangnya ISTIQAMAH Dalam Diri
Kita selalu melakukan sesuatu tanpa berfikir sebab dan akibat yang akan kita terima. Bila dah terjadi baru nak menyesal, tapi masa tu dah tak berguna lagi sebab "nasi dah jadi bubur". dah tak boleh nak jadi beras balik. Semua berlaku takkan kembali seperti yang asal, walau kita menyesal dan menangis keluar air mata darah bagai..semua hanya sia2 saja.
Wednesday, June 27, 2012
Final Exam Datang Lagi..!!!
Assalamualaikum sahabat semua..!! Sihatkah iman kita hari ini..?? (Tanya Akal Tanya Hati)
Alhamdulillah setelah berhempas pulas menyiapkan segala assignment yang perlu di hantar pada hujung2 semester ini, akhirnya berakhir juga sesmester 3 untuk tahun pertama degree.. Tak terasa dah berada di minggu peperiksaan akhir sekarang.. Sejak menjejakkan kaki menjadi seorang pelajar Degree..terasa setiap hari penuh terisi dan terasa "aku jadi workaholic" ke?? Rasa seperti tiada masa untuk relaks, ada saja tugasan yang perlu diselesaikan berbanding zaman diploma dulu..masa lebih banyak terbuang dan banyak tidur dari belajar..hehe..
Alhamdulillah setelah berhempas pulas menyiapkan segala assignment yang perlu di hantar pada hujung2 semester ini, akhirnya berakhir juga sesmester 3 untuk tahun pertama degree.. Tak terasa dah berada di minggu peperiksaan akhir sekarang.. Sejak menjejakkan kaki menjadi seorang pelajar Degree..terasa setiap hari penuh terisi dan terasa "aku jadi workaholic" ke?? Rasa seperti tiada masa untuk relaks, ada saja tugasan yang perlu diselesaikan berbanding zaman diploma dulu..masa lebih banyak terbuang dan banyak tidur dari belajar..hehe..
Final Exam Schedule!!!
1 done..4 more paper to go..Chaiyok2!!
First tima untuk Final Exam in Degree
Subscribe to:
Posts (Atom)




