Blogger Layouts

Sunday, June 3, 2012

Saya Dah Konvo..!!!

Alhamdulillah..Pada 19hb May yang lalu Konvokesyen Diploma saya telah pun berlangsung di Dewan Agong Tuanku Cansellor, UiTM Shah Alam..

Bersyukur kerana Usaha yang telah dilakukan selama 3 tahun ini telah berjaya ditamatkan dengan jayanya..walaupun bukan mendapat gelaran ANC tapi bersyukur kerana harapan ibu dan ayah untuk melihat anak-anaknya berjaya telah tertunai..Alhamdulillah..

Tiada apa yang dapat diungkapkan dengan kata-kata melainkan ucapan TERIMA KASIH dan I LOVE YOU MOM And DAD..kerana tak putus memberi sokongan padu untukku berjaya hingga ke tahap ini..

Speechless sebab tak tahu nak gambarkan dengan kata-kata yang saya telah berjaya harungi sebuah fasa kehidupan yang serba mencabar..

Apa yang boleh dikongsikan adalah photo yang tak seberapa ini..
 Disampaikan oleh Pro-Chancellor UiTM

Wednesday, May 16, 2012

Maaf Kerana Terlanjur Mencintaimu Dalam Diam

Bukan ku pinta untuk menjadi begini..tapi perasaan itu hadir tanpa di duga..entah dari mana dan bilakah perasaan itu muncul aku sendiri tidak tahu..Perkenalan bermula dari sebuah persahabatan yang terjalin tanpa diduga..kerana disebabkan sifatku yang agak pendiam dan pemalu bila berhadapan dengan orang lain dan tanpa ku sedari ku semakin rapat dengannya..Perkenalan itu amat singkat untuk menghabiskan waktu bersama..selepas itu aku terpisah darinya kerana punya hala tuju yang berbeza. Mengenalinya hanya melalui pintu ke pintu rumah kerana dia adalah jiranku namun dia belajar di tempat yang berbeza dariku.


Friday, May 11, 2012

Saat Senang Kita Diperlukan, Saat Susah Kita Dilupakan

Assalamualaikum w.b.t

Kita renung sejenak disekeliling kita..berapa ramai orang yang berada disekeliling kita yang mengambil tahu akan diri kita..?? dalam ramai kawan yang kita ada..agak2 ada yang ambil berat tentang diri kita saat kita senang ataupun susah..atau berapa ramai kawan2 kita yang sentiasa percaya kepada kita dan dia boleh dipercayai.. payah bukan untuk kita cari.. kadang2 pada permulaan perkenalan saja yang boleh dipercayai tetapi lama kelamaan mula tunjuk belang..kadang2 ada juga yang saat kita senang saja dia berpura-pura baik dengan kita tapi bila kita dalam kesusahan, kita tak dipedulikan pun..pura-pura macam tak pernah kenal.. itu namanya tak kenang jasa. Pernahkan kita mengalami situasi seperti ini..Lumrah dunia tiada manusia yang sempurna dan mampu untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang.


Sunday, April 15, 2012

Memory Never Fades..!!! Love You

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan bertukar status kepada "PELAJAR" kembali sejak 5hb March yang lalu tapi bukanlah sebagai pelajar Diploma tapi Ijazah..Banyak benda yang berubah, semua berbeza tak sama macam zaman diploma dulu..

Semua berubah dari tempat, keadaan sekeliling, kawan-kawan, dan pembelajaran. Dulu tempat belajar kat Bangi Selangor sekarang dah bertukar ke Melaka, Masa Diploma dulu kawasan sekeliling adalah kawasan luar bandar yang baru nak membangun tapi kat sini berada ditengah-tengah bandaraya..aigoo..!! Bangi lagi best dari Melaka sebenarnya walaupun dapat merasakan kos hidup yang amat tinggi kat Bangi. Kawan-kawan dah bertukar, semua kawan baru.. takde lagi Ct & Suzy yang menjadi roomate setia dari tahun pertama sampai final year. Rindu sangat kat mereka..untunglah mereka masih dapat bersama lagi walaupun berbeza bidang sekarang di UiTM Dungun..

Daisypath Happy Birthday tickers