Blogger Layouts

Wednesday, October 6, 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik

Assalamulaikum....

Salam Sejahtera..

Syukran Kathira.. Ingin memberikan perkongsian bersama Sahabat-Sahabat mengenai "ORANG CANTIK"..... Baca dan Renung2kanlah wahai Sahabat-Sahabatku..


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!


petikan dari Sumber:

ILuvIslam.com

Thursday, September 23, 2010

Maafkan ku Wahai Teman

Assalamualaikum..
Salam Syawal..

"Maaf, Ku tak bisa memilih dirimu....

Ku tak sesempurna yang kau impikan...

Maaf..Maaf..Maaf..

Mungkin selama ini ku mengganggu dirimu dan kehidupanmu.."

Pernah tak kita terfikir untuk mengganggu hubungan orang lain atau jadi 'perampas' kebahagiaan orang lain..?? tak pernah dan tak ingin sama sekali kan...?? Hakikat kehidupan kan kadangkala kita bernasib baik kadangkala sebaliknya... Selalu diperkatakan.. dalam persahabatan perlu ada kejujuran..namun disebabkan ketidakjujuranlah menyebabkan terjadinya perkara ini.. Susah sangat ke nak berterus-terang dan cakap... "Maaf, hati saya telah dimiliki.. kita berkawan je la.." susah ke nak cakap camtu..

Kecewa sangat-sangat.. tak dapat nak gambarkan apa yang kita rasa.. Alhamdulillah walaubagaimanapun Allah masih berikan kekuatan dan ketabahan atas segala apa yang berlaku... Pasti ada hikmahnya kan.. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan pada kita.. itulah sebabnya kita diuji dengan macam-macam benda.. tapi Allah tak pernah bagi dugaan yang kita tak mampu hadapi walau kita selalu rasa beratnya dugaan ini.. Tapi sebenarnya setiap masalah tue ada penyelesaian.. tak pernah lagi kita tak jumpa petunjuk dan jalan penyelesaiannya..

Alhamdulillah setakat ini Allah dah bagi petunjuk-petunjuk yang positif.. Kebenaran telah terbukti jua kan.. Lihatlah!!.. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.. Walaupun tidak pernah mengetahui perkara sebenar dari yang berkenaan.. tapi dengan doa, usaha dan tawakal kepada Allah selalu.. Allah pasti menolong.. Aku redha dan ikhlas atas segalanya..


Maaf..Maaf..Maaf..
mungkin ku tak akan menjadi Bidadarimu..

kerana mungkin ku tak sempurna dimatamu..

banyak lagi kekurangan pada diriku..

ku masih perlukan Tarbiah yang lebih sempurna..

ku sentiasa berusaha memperbaiki diri..


Maaf..Maaf..Maaf..

Andai selama ini..
ku pernah mengguris hatimu..

Maafkan aku..
ku hanya insan biasa yang kadangkala tersasar juga,..


Terima kasih atas pesanan dan nasihatmu..

aku bangga memiliki sahabat sepertimu..

bersahabat denganmu..
sentiasa membawaku mengingati Allah..

Akan ku kenang persahabatan ini..

sampai bila-bila..


Ku doa dirimu bahagia..

dengan apa kau pilih..

Mudah-mudahan ada Bidadari Solehah untukmu..

Amin..
Semoga bahagia Dunia dan Akhirat..






Saturday, September 11, 2010

EID MUBARAK

Assalamualaikum...
Salam Eid Mubarak...

Alhamdulillah... dah masuk hari kedua kita menyambut hari kemenangan, hari lebaran yang mulia ini.. dalam kemeriahan kita beraya nie jgnlah kita lupa pada yang tak upaya juga yang tak dapat menyambut hari raya bersama-sama dengan keluarga dek kerana kekangan tugas yang harus diselesaikan.. Walau apapun kemeriahan hari raya ini harus disambut dengan kegembiraan walau jauh di pernatauan...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.. Rasa sedih juga sebab terpaksa meninggalkan Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi untuk tahun ini.. Ntah dapat berjumpa lagi ke tak Ramadhan akan datang.. Harapnya dapatlah berjumpa lagi.. InsyaAllah..

Ramadhan kali ini gembira sangat sebab masa terluang terisi dengan macam2 aktiviti.. Alhamdulillah.. tapi kebanyakannya adalah majlis berbuka puasa la.. Iftar disekitar kolej je la.. Usrah pun ada juga.. cuma hari tue je tak dapat nak join Iktikaf kat Masjid UKM diatas sebab2 yang tak dapat yang dielakkan.. xpela mungkin lain kali dapat ikut.. Mungkin lepas ada macam2 program.. hehe.. Setelah ikut kawan join Pembina nie seronok pulak rasanya.. dapat jumpa kawan2 baru.. dapat kongsi pengalaman.. macam2 lagilah.. Rasa ada ketenangan disitu.. bukan nak kata sebelum tak dapat ketenangan.. tapi sekarang dah menemui cinta sejati.. ~cehh ayat~..

Tue cerita bulan Ramadhan.. bulan Syawal yang baru 2 hari disambut nie pun.. ada macam2 cerita.. Tahun nie beraya kat rumah sendiri dulu.. untuk sekali lagi.. xdapat nak raya pertama kat rumah atok dan nenek sebelah mak.. sebab kat sini ada atok sebelah ayah.. lagi pun biasanya atok dengan nenek sebalah mak kalau kita satu family xdapat raya kat sana.. mereka pasti datang kat rumah.. tue yang bestnye.. Alhamdulillah atok dengan nenek masih diberi kesihatan dan kekuatan yang baik untuk berhari raya bersama-sama anak2 dan cucu2nya..

Tak kurang juga keluarga sebelah ayah.. keluarga sebelah ayah nie terlalu besar.. A big's Family.. bukan besar ape pun.. kakak dan abang ayah saya ada keluarga yang besar..biasa lah orang dulu2 kan berkahwin awal.. ayah nie kira anak yang bongsu dan jarak usia antara adik beradik tue jauh beza.. kiranya masih ayah kecil2 lagi kakak dan abangnya sudah berkeluarga.. dan sekarang atok pun dah naik pangkat dari moyang kepada yang seterusnya.. apo ek namo ea.. tak tahula nak sebut.. ape2 je la yang penting atok masih sihat lagi.. walaupun dah tak mampu kaki tue nak berjalan.. Alhamdulillah atok masih diberi peluang untuk berhari raya bersama-sama kami disini..

Bila keluarga dah besar.. rumah yang besar nie pun rasa macam xmuat je.. maklum je la budak-budak kecil ramai... anak buah la paling ramai.. meriah je rasa.. ee geram je tengok budak2 kecik.. urmm bila la nak ada family sendiri camtu.. huhu.. teringinnya nak ada keluarga besar camtu.. haih dah masuk bab kahwin dah nie.. syurrhhh..

Yang paling bestnye raya nie.. sebab masih lagi dapat duit raya walaupun dah besaq panjang.. ingat tak dapat dah.. ada lagi rupanya.. rasanya tahun nie lebih banyak collection dari tahun lepas.. hehe.. semua dah dapat la tue.. cuma satu je xdapat2 lagi.. ditunggu-tunggu sampai penat menunggu tak muncul jugak.. hmmm ape lagi kakak ipar la.. bila ntah nak ada kakak ipar.. teringin jugak nak kakak.. tu la sedihnya kalau orang xde kakak.. pinjam kakak orang lain je.. huhu.. xpela maybe setahun dua nie kot.. tuan punya badan tengah kumpul duit.. bukan senang nak tanggung anak orang.. hehe..

Apa2 pun nak ucapkan,,,,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

MINAL AIDIL WAL FAIZIN..
MOGA BERJUMPA LAGI LEBARAN AKAN DATANG
INSYAALLAH..

Monday, August 30, 2010

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Assalamualaikum....
Salam Ramadhan...
Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?




Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.


Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…


Dipetik Dari:
www.iluvislam.com
Oleh: zulyunus

Editor: rabiatul_adawiyah
Daisypath Happy Birthday tickers